Dakwah dan Rohani

Dakwah dan Rohani

Saturday, December 5, 2009

blog badar yg lama

http://badarsemiabimpusat.blogspot.com

Erti Zina Hati

erti couple

Sesi Ta'ruf

Bismillahirrahmaanirrahim..


.:Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu:.
(Imam Nawawi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kpd smua pelawat blog ini.  terima kasih juga dihadiahkan buat kalian kerana sudi menjenguk ke laman BADAR.


Blog ini secara umum dan rasminya dikelolai oleh BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) Seri/Semi ABIM, Kajang. Sememangnya, ramai mantan2 graduan ABIM di luar sana yang masih belum mengenali badan dakwah ini. Hal ini kerana, usia persatuan ini masih muda. Penubuhan badan ini bertitik tolak daripada perasaan bertanggungjawab para pendidik ABIM dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan sekaligus bertindak untuk melahirkan generasi yang berkebolehan dalam memimpin ummah yang bertunjangkan ajaran Islam. Diharap sokongan padu semua, terutamanya para pelajar ABIM untuk turut sama 'turun padang' dalam menyemarakkan perjuangan BADAR bagi merealisasikan matlamat penubuhannya.


Seruan BADAR : ayuh! gerakkan tempo perjuangan, seiring peredaran zaman. 
Madah kata : Jadikanlah dirimu beserta dengan Allah. Apabila engkau tidak mampu, jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang beserta dengan Allah. Bila engkau tidak mampu juga, maka jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang dekat dengan Allah SWT. Dia akan menghantarkan dirimu sampai ke hadrat Allah SWT.
                                        (H.R. Abu Dawud)