Dakwah dan Rohani

Dakwah dan Rohani

Monday, May 31, 2010

Kisah Kasih ;]

Assalamualaikum.. kisah ni pernah ana dengar dari sahabat ana, sewaktu kami berada di darjah empat. teringin nak baca manuskrip sebenar kisah ni, ;].. tapi, tak pernah terjumpa pula, sampailah satu masa. Sebelum2 ni ana sendiri dah hampir2 terlupa tentang kisah bermakna ni.. tapi, bila dah terserempak..... Terhasillah post ni...

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

.:: English Tarbiah Session ::.

Poem : On Hijab and Oppression
Author : Islamic Thinker

You look at me and call me opressed,
Simply because of the way I'm dressed,

You know me not for what's inside,
You judge the clothing I wear with pride,

My body is not for your eyes to hold,
You must speak to my mind, not my feminine mould,

I'm an individual, I'm no man's slave,
It's Allah's pleasure that I only crave,

I have a voice so I will be heard,
For in my heart I carry His word,

"O ye woman, wrap close your cloak, so you won't be bothered by ignorant folk"

Man doesn't tell me to dress this way,
It's a law from Allah that I obey,

Oppressed is something I'm truly NOT,
For liberation is what I've got,

It was given to me many years ago,
With the right to prosper, the right to grow,

I can climb mountains or cross the seas,
Expand my mind in all degrees,

For God Himself gave us L.I.B.E.R.T.Y,
When He sent Islam,
to You and Me!

thank you very much to the author. what a wonderful writer.!

full of meaningful phrases, that make us amaze..! ;)

Wednesday, May 26, 2010

.:: hari buat para ibu ::.

8/Mei/2010

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya RabbAl Alamin..

sumber : Islam Digest

terima kasih kerana membaca dan menghayatinya.

terima kasih buat semua yang bergelar ibu. dikau penyeri dan serikandi pujaan kami. ya Robb, moga Kau melimpahkan rahmat dan barokah-Mu ke atas ibu bapa kami. Peliharalah mereka dari seksaan azab kubur dan neraka jahannam. ameen..

Monday, May 17, 2010

Doa Yang Menolak Zina :)

Doa Yang Menolak Zina

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.


Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.




Solat.



Doa....




Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi
kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab
permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.




Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi
jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran,
terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:




“Bacalah serta ikutlah akan apa
yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat.
Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan
mungkar;
dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar.
Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”


[Al-Ankabut 29: 45]




Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya.
Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri
daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena
dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup
Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.


Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?



ENGKAU DAN DOAMU




Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada
zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu
menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika
hati dibiarkan melayan kecenderungan?




Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.




“Apabila sesiapa daripada kalangan
kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan
janganlah sekali-kali beliau berkata:



Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta.
Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]



Doa menyaring hasrat hati.




Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih
daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan
adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.




HATI YANG IKHLAS




Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.




“Maka Tuhannya memperkenankan
doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah
jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
[Yusuf 12: 34]



Allah Maha Mendengar permintaanmu.




Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.



Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.




“Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang
yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk
ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina”
[Ghafir 40: 60]




Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang
sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk
mencari ketulusan hati.




Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.



Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!

Doa membunuh hati yang sambil lewa!

sumber: iluvIslam

Friday, May 14, 2010

.:: nasheed BADAR (doa robitah) ::.

Bismillahirrahmaanirrahiim..
diharap anda menghayatinya.. bait2 doa ini punya maksud yg mendalam,
bisa menggigit jiwa dan meruntun hati para pembacanya..
penguat dan pengukuh silaturrahim..
pengimbau kenangan perjuangan... hayya nunsyid.. ;)
**********************************************************
Hati ini telah bersatu,

berkumpul di perut bumiMu,

Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban da'wahMu,

Hati ini telah mengikat setia,

untuk mendaulat untuk menyokong,

syariatMu di alam maya,

Maka Ya Allah.. eratkanlah ikatan yang ada,

Kekalkanlah kemesraan yang ada,

Tunjukkanlah jalan yang benar,

Tunjukkanlah dengan cahayaMu,

Tiada malap terangi alamMu,

Hidup suburkanlah dengan maghrifahMu,

Tapi jika ingin mematikannya,

Matikanlah sebagai syuhada,

Dalam perjuangan,

menegakkan agama yang mulia..

amiinn..

sekian ;)

Wednesday, May 12, 2010

Mesyuarat Agung BADAR kali ke-3

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana mesyuarat agung kali ke-3 tlh jayanya dilaksanakan.Tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah utk membubarkan Majlis Tertinggi dan EXCO2 BADAR 2009/2010.Selain itu, adalah utk melaporkan kegiatan yg dijlnkan sepjg sesi 2009/2010.Setelah ahli2 Majlis Syura membuat perbincangan.akhirnya, mereka bersetuju utk melantik org2 tertentu menjadi Mejlis Tertinggi dan EXCO2 BADAR 2010/2011.


Majlis Tertinggi dan EXCO2 BADAR 2010/2011


YDP BADAR : Muhammad Danish Ikhwan
TYDP BADAR 1 : Muhammad Amirul Firdaus b. Sharifpudin
TYDP BADAR 2 : Nur Hazwani bt. Mohd. Razip
Setiausaha AGUNG 1 : Mukhamad Yusuf b. Agus Suroto
Setiausaha AGUNG 2 : Nurina bt. Mohd. Rafek
Bendahari : Anis Hanani bt. Suffian

Saturday, May 8, 2010

.:: buat sahabat ::.


Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.

Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.

Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.

Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.

Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin...

(11 JUN 2009) 

hamba Allah. 



terima kasih kepada beliau.