Dakwah dan Rohani

Dakwah dan Rohani

Sunday, June 27, 2010

Ummati.. Ummati ;]

Tajuk : Ummati.. ummati
Sumber : Novel Tribute Buat Nenda
Penulis : Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Dari Aisyah Radiyallahu 'Anha berkata bahawa: Pada suatu malam Rasulullah SAW berdoa dan aku mencuri-curi dengar doa yang dibacakan oleh baginda tersebut. Berdoa Baginda : "...Ya Allah, ampunilah Aisyah Radiyallahu 'Anha, apa yang telah lepas, apa yang akan datang, apa yang zahir padanya dan apa yang batin, yang tersembunyi padanya..."

Mendengar doa tersebut, berkata Aisyah:

"Perasaanku seperti ingin terbang kegembiraan apabila mendengar doa yang diucapkan oleh Baginda itu"

Lalu terpandang Baginda Rasulullahi SAW padanya...
dan didapati ada perasaan kegembiraan pada wajahnya Ummul Mukminin itu..

Bersabda Rasulullahi SAW :

"Gembirakah anti Ya A'isyah?"

Maka jawab Ummul mukminin:

"...Sudah tentu Ya Rasulullah. Engkau mendoakan dengan penuh kudus padaNya untuk keampunan terhadap dosa2ku yang telah lepas mahupun akan datang. yang zahir mahupun yang batin. Demi Allah, aku sangat gembira dengannya..."

Maka bersabda Rasulullah SAW setelah mendengar jawapan itu:

"... Ya A'isyah.. Demi Allah! Beginilah doaku untuk seluruh umatku pada setiap malam..beginilah doaku untuk seluruh umatku pada setiap malam..."

Subhanallah! betapa agungnya cinta Baginda pada umat ini. Kudus dan tulus. Betapa cinta baginda telah mengikat hati orang-orang yang beriman agar sentiasa menyebut-nyebut dan mengulang-ulang kecintaannya. Duhai Nabi Allah.. tidak terbalas kami..

p/s: sesungguhnya.. begitu agung cinta dan kasih baginda terhadap umatnya. marilah kita renung kembali akan balasan yang kita beri terhadap junjungan besar Rasulullah SAW.. Fikir2kanlah.. tepuk dada tanya iman..

No comments:

Post a Comment